Thursday, March 26, 2009

berita lwak dri Utusan Malaysia....haha ciplak nye!


LUAR NEGARA
Digantung naik bas akibat kentut

FLORIDA 24 Mac - Seorang pelajar gred lapan di Lakeland di sini, digantung daripada menaiki bas sekolah selama tiga hari kerana sengaja melepaskan kentut yang menghasilkan bau yang amat busuk.

Pemandu bas berkenaan dalam satu borang kelakuan tidak senonoh menulis, tindakan remaja berusia 15 tahun itu turut menyebabkan pelajar lain sukar bernafas di dalam bas.

Borang berkenaan diserahkan kepada pelajar tersebut semalam, bagi menghalangnya daripada menaiki bas.

Pegawai sekolah Polk County berkata, kesalahan kentut tidak digariskan dalam peraturan, namun tindakan menyebabkan kekacauan di dalam bas tertakluk dalam peraturan.

Bagaimanapun pelajar terbabit menafikan dakwaan itu dan mengatakan bukan dia yang melepaskan angin. - AP

click here : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm

harhar
gila punya olang..
kita kasi angkat,potong kaparaaa!!!!!

1 comment:

  1. haha. laen kli kentot la pelan2 cam aku. xde la org nk maen tuduh2. msti die kntot bnyi-kuat-nk-brgegar-bas ni. xnk cover lgsug. kntot org pun blh bwat kekacauan ke? bkn bwat pngboman brani mati pun. org kntot kluar angin, die kntot kluar api kot..

    ReplyDelete

sohseh sohseh